Wednesday, June 17, 2009

Orang Buat Sampah Kena Dok Jauh-Jauh

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS-Malaysiakini

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.


Komen:

Haa.... Kan dah kena... Tok Guru dah murih...

Memang Tok Guru... orang buat sampah, memang menyusahkan...

Semoga ahli PAS sedar apa yang telah melanda saf mereka...

Kata-kata Tok Guru memang pedas lebih daripada Adlin Aman Ramli, atau pun Syafinaz Selamat atau Roslan Aziz....

No comments:

Post a Comment