Wednesday, June 17, 2009

Orang Buat Sampah Kena Dok Jauh-Jauh

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS-Malaysiakini

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.


Komen:

Haa.... Kan dah kena... Tok Guru dah murih...

Memang Tok Guru... orang buat sampah, memang menyusahkan...

Semoga ahli PAS sedar apa yang telah melanda saf mereka...

Kata-kata Tok Guru memang pedas lebih daripada Adlin Aman Ramli, atau pun Syafinaz Selamat atau Roslan Aziz....

Pilihan Rakyat!

PAS ambil alih projek BN-Sinar Harian

Manek Urai-Isu pembinaan madrasah baru di KChatel yang tertangguh selepas penduduk menolak peruntukkan disalurkan JPP Kelantan akhirnya selesai apabila projek itu diambil alih PAS Kawasan Kuala Krai.

Berikutan pengambilalihan itu, satu aktiviti gotong-royong membina madrasah baru bagi menggantikan madrasah lama yang telah dirobohkan dengan disertai kira-kira 100 penduduk diadakan dekat situ di sini semalam.


Komen:


Alhamdulillah, pada asalnya JPP dan BN nak bina balik madrsah kg ni....

Tapi org kg tak suke dan nak PAS jugak yang buat....

Sekarang impian mereka dah jadi kenyataan...

Bukan Idris Jusoh je yang boleh bagi impian jadi kenyataan ni...

He.. He..

Tuan-tuan boleh belek paper sinar hari ni, terpapar indah gambar ustaz nasaruddin dan ketua pemuda PAS Kelantan sedang bantu org kg bina....

Tuesday, June 16, 2009

Kekecewaan Yang Perlu Difikir Semula

Rakan Sekolah Nik Aziz Kecewa-Sinar Harian

Kuala Krai-Mohd Noor Ishak adalah penduduk biasa Kg Lata Rek di Manek Urai tetapi warga emas berusia 76 tahun ini bukan calang-calang orangnya kerana beliau adalah rakan sekelas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Namun hari ini beliau melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat menikmati arus pembangunan setelah 36 tahun berhijrah ke kg itu.

Komen:

Kita lihat baik-baik 36 tahun... Tok Guru perintah Kelantan 19 tahun.. Tok Guru ke yang perlu dipersalah? Menteri Besat17 tahun sebelum tu tak perlu dipersalah ke??

Lagi, kenapa baru nak ada PRK baru cakap kat Sinar?

Ada apa-apa ke?

Kena fikir ni...

Hmmm?????

Seruan Manik Urai

Assalamualaikum.. hari berganti hari, seluruh rakyat Malaysia menanti pilihanraya kecil(prk) Dun Manik Urai di bawah Parlimen Kuala Krai. PRK N41 diadakan berikutan kematian ADUN Ismail Yaakob.Jentera pilihanraya mula digerak. Kalut 2 parti yang akan bertanding. PAS dan UMNO. Masing-masing cuba menarik perhatian rakyat di DUN Manik Urai. Akhbar-akhbar mula tayang wayang usang menarik sokongan kepada kerajaan(Pusat). Tak kira yang dikata neutral ke, pro ke, kalau bukan Harakah, Suara Keadilan atau Roket atau Siasah dan Wasilah, semua pakat pamer masalah rakyat di Manik Urai. Yang takde, jadi ade..
Rakyat Kelantan rakyat bijak antara kaca dan permata kita tahu nilainya. Bak kata pepatah, sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Kalau nak mengundi baru masuk kampung, atau turap jalan tar, atau janji buat jambatan atau lebih extarvaganza dan boom lagi pakat-pakat menoreh ngan rakyat, haa.. ni jenis ape...
Tok Guru Nik Aziz bukan baru setahun dua pegang Kelantan, jiwa PAS sudah sebati dengan rakyat Kelantan. Ya.. Negeri kami juga ada orang UMNO. Kampung saya pun ramai, tapi apakan daya pentarbiyahan yang diterima sejak 19 tahun lalu mengajar rakyat Kelantan siapa PAS dan siapa UMNO...
Buat penyokong PAS di seluruh negara, bantulah PAS Kelantan mengekalkan DUN Manik Urai. Ketepikanlah soal Kerajaan Perpaduan ke, Ulama Profesional ke.. Cukuplah! Rapatkan saf, usaha dan jadikanlah Seruan Manik Urai tanda permuafakatan bukan saja PAS tapi Pakatan Rakyat. Insyaallah!